dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

HARI BERSAMA KOMUNITI NADI BATANG MELAKA SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN ASAHAN

7 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 April 2026 bersamaan hari Selasa, Hari Bersama Komuniti NADI Batang Melaka sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan telah diadakan. Tujuan utama program adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan pintar yang ditawarkan di NADI Batang Melaka kepada komuniti setempat, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan NADI sebagai pusat penyebaran maklumat, pembangunan kemahiran digital serta pemerkasaan komuniti melalui pelbagai aktiviti berteraskan teknologi dan sosial. Selain itu, penganjuran program ini juga selaras dengan inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan sebagai platform untuk mendekatkan perkhidmatan NADI kepada masyarakat, di samping menjadi medium interaksi antara komuniti, agensi dan wakil rakyat dalam usaha memperkasa literasi digital serta meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.

Aktiviti Utama:

  • Saringan Asas Kesihatan Percuma
  • Jualan Usahawan NADI
  • Tiny Techies: Robot vs Machine
  • DiLea: Tuisyen Rakyat (Matematik)
  • Kempen Internet Selamat bersama pelajar Tahfiz As-Syatibiyyah
  • Program CSR Gotong-royong bersama pelajar Kolej Komuniti Selandar
  • Kursus Asas Penghasilan Baja Kompos oleh Kolej Komuniti Selandar
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak TABIKA KEMAS (JAKOA) Kampung Gapam Baru
  • Pertandingan Menaip Laju
  • Cabutan Bertuah

Secara keseluruhannya, program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelbagai komuniti, terutamanya komuniti Orang Asli dari beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Asahan, dan menjana impak positif melalui pendedahan kepada pembelajaran berasaskan teknologi seperti Tiny Techies dan DiLea, peningkatan kesedaran tentang keselamatan siber, dan pembangunan kemahiran melalui kursus pengeluaran kompos. Di samping itu, penglibatan empat usahawan tempatan telah membantu merangsang aktiviti ekonomi tempatan, menjana sejumlah RM700 jualan. Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan literasi digital, meningkatkan kesejahteraan komuniti dan mengeratkan hubungan antara komuniti, agensi dan wakil rakyat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.